Owner Post Them Follow Dashboard




Bonjour❀


Assalamualaikum w.b.t.Hello.
Welcome.Share my thoughts here ♌
Follow me.Gamsahamnida ❣

TABUNG MAYA❣

Speak here❀

✶HOVER ME!✶
NO HARSH WORDS.RESPECT.CLICK WORD HOVER ME


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Macam mana nak pakai tudung ikut bentuk muka?

Assalamualaikum,
                    Hi dears,sejuknya malam ni kan? Anw,sementara nak tunggu ze little boy main futsal,aku isi lah masa terluang ni nak update entri,satu pun jadilah kan? Bila fikir balik,aku rasa ramai jugak yang keliru pemakaian tudung apa yang sesuai dengan bentuk muka awak kan? So,bila dah explore banyak laman web,ada jugak article dari blog ni. Credit to A Y U C I N T A. Beliau juga merupakan owner shawls,ramai jugak yang like fanpage dia,kalau nak tengok,click SINI. ceh promote pulak.ahaks.Okay,first of all,muka bentuk OVAL.
 
Mengikut entri dalam blog akak comel kita ni,wajah bentuk oval ni merupakan wajah idaman?Maybe,masuk akal jugak kot,sebab sometimes tengok muka jenis macam ni pun not bad,lawa.Pakai apa pun okay,cun kan?So,korang yang muka bentuk oval tu takpayah lah nak risau sangat.Apa jenis shawl pun,boleh pakai.Lilit lah sampai tercekik pun,boleh masuk punya :p Next,muka bentuk petak.


Muka petak ni ada ciri ciri dia:
       "Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama,tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar."
Begitu lah katanya Puan Ayu kita ni.Kalau pemakaian tudungnya pulak,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya wanita yang bentuk mukanya petak ni memanjang sikit.Selain itu,kena lah bijak mengenakan stail selendang,gaya lilit lilit dia tu.Menurut Puan Ayu,selendang stail Bienda tak sesuai sebab stail ni tak dapat sembunyikan tulang rahang yang lebar.So,prefer kepada lilitan lah ye? Atau,cadangan drpd aku sendiri,tudung bawal mungkin sesuai? :)

Dia macam bentuk segi tiga,ciri muka berbentuk panjang ni dicirikan dengan dagu yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Ada faham? Kalau tak faham,baca lah dua tiga kali,aku pun tak reti nak explain ^0^ Untuk mengurangkan kedudukan kening,digalakkan menggunakan anak tudung yang diletakkan ke bawah sikit sampai tutup bahagian kening tu.So,disarankan untuk memakai tudung syria bersama selendang,kerana ia dapat membantu menutup sikit bahagian kening yang tinggi.



Haaa,tadi dah cakap pasal bentuk segi tiga kan? Meh sini,nak terangkan dengan lebih lanjut! Dagu panjang adalah ciri utama untuk wajah yang berbentuk segi tiga.Malas nak cakap pasal ciri ciri,lets proceed dengan pemakaian tudung okay? Explanation dibawah ni :

 Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.

Untuk pemakaian selendang pulak macam mana? Ce scroll,ada kan explanation dekat situ? Yeah,good girl! *thumbs up

Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Yooooooo,siapa geng muka bulat dekat sini? Angkat hidungs? hahaha,kita geng! Muka ku sungguh bulat dan ku bingung nak pakai tudung jenis apa shawl apa,satin ke apa ke.kan kan? So,jom tengok,tak sabar nak share info dengan korang ni :D
Taknak cerita panjang panjang,macam ni pemakaiannya ye. Siapa yang bentuk mukanya bulat,disarankan memakai hairband terlebih dahulu sebelum anak tudung. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Anjal tu apa? Entah lah,kalau siapa yang tahu,tolong lah jelaskan ye? hehe.  Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka memanjang.

Untuk pemakaian selendang,sila lihat dibawah sambil makan roti cicah milo k? :p

disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Dah,sekian.Terima kasih,mwahaha.Kalau nak cuba tips ni boleh je,memang patut pun ^^ TAPI! kena ingat satu perkara penting ni. Kalau pakai tudung,ikut lah stail lagu mana pun hang nak,tapi asalkan MENUTUP DADA dan takde sanggul manggul belakang tu ok? Mengikut yahudi :) Ye,itu prinsip saya ^^ Hihi*peace.
P/S: Kalau nak share info ni pun boleh,tapi CREDITS Akak Ayu dan saya sekali :p ahhahaha. So,untuk menghargai saya yang dah penat menaip ni,apa kata kita click kejap?  hehehheh,kalau korang nak aku click,comment k? Bye! *wavingg