Owner Post Them Follow Dashboard




Bonjour❀


Assalamualaikum w.b.t.Hello.
Welcome.Share my thoughts here ♌
Follow me.Gamsahamnida ❣

TABUNG MAYA❣

Speak here❀

✶HOVER ME!✶
NO HARSH WORDS.RESPECT.CLICK WORD HOVER ME


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

BUMI BERGELAP SELAMA 3 HARI PALSU?


Hello beloved readers,alright haritu dekat twitter dok gempaq gempaq pasal bumi akan bergelap selama tiga hari bermula 23 disember 2012 ini sebab bumi,bulan dan matahri dalam keadaan selari/sepaksi. Aku pun ikut retweet jelah,entah betul entah tidak kan? Dok tak puas hati lagi aku search google,sebenarnya nak search macam mana pulak dalam keadaan sepaksi,tapi terjumpa pasal ANGKASA NAFI LAPORAN BUMI BERGELAP SELAMA 3 HARI. Taknak buang masa,just read :) 


CREDITS: HERE

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari. 
    
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
    
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. 
    
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. 

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil. 
    
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. 

Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. 
    
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya.   


Sekian sahaja daripada saya,#Jemahcomel,seoul,korea :p ecehhh,hewhew *fliphair*