Bonjour❀ Assalamualaikum w.b.t.Hello. Welcome.Share my thoughts here ♌ Follow me.Gamsahamnida ❣ TABUNG MAYA❣ Speak here❀ Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini |
PENJAGAAN RAMBUT WANITA BERHIJAB
SUMBER INFO: MAJALAH HARMONI
Assalamualaikum,and Im back with ze' second entry of the day ^0^ Ive found this information in Harmoni's Magazine and soooo I just wanna share with you,I mean yang berhijab! Kepada yang berhijab mahupun aku harus menitikberatkan soal rambut walaupun berhijab. Termasuk aku juga,bila pakai tudung memang akan kait dengan masalah rambut dan kulit kepala.Berbanding wanita yang tidak bertudung,sebenarnya lebih ramai wanita berhijab yang mengalami masalah sebegini. Antara penjagaan yang kena ambik tahu which is stated below :
PILIH FABRIK YANG SESUAI:
-Wanita mestilah bijak memilih fabrik tudung yang sesuai dengan anda. Pilih fabrik yang lembut kerana ia mampu menyerap peluh supaya anda akan sentiasa dalam keadaan yang selesa sepanjang berhijab.Tudung daripada fabrik kapas mampu memberi pengaliran udara yang baik supaya kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Jangan jaga tudung sahaja,anak tudung pun kena jaga jugak. Pastikan anak tudung tu bersih dan kerap dibasuh supaya rambut tak berkulat.
ELAK PAKAI TUDUNG KETIKA RAMBUT BASAH:
-Perkara ini memang selalu berlaku,kadang kadang sebab nak cepat kan. Tapi memang kena jaga benda ni. Kalau anda bertudung dalam keadaan rambut yang basah,boleh menyebabkan rambut anda berkelemumur dan berbau.Suka ke macam ni? Tak kan tak kan? ^^Bagi yang bekerja dan bersekolah,mestilah kena bangun pagi kan? Kalau macam tu,anda boleh basuh rambut sejurus selepas pulang dari kerja atau sekolah. BIARKAN IA LEPAS BEBAS DAN TERURAI DAN ELAKKAN DARIPADA MEMBUNGKUSNYA DENGAN TUALA :)
GUNAKAN PERAPI:
-Setiap kali mencuci rambut,anda digalakkan memakai perapi.Ia dapat mengelakkan rambut daripada menjadi kasar dan kering. Pilih perapi mengandungi PROTEIN,KERATIN DAN SUTERA.Jadikan ia sebagai rutin selepas membasuh rambut.Tapi jangan mengenakan perapi tersebut kepada kulit kepala kerana akan menyebabkan rambut berminyak.Sapukan perapi daripada pertengahan rambut hingga ke hujung kemudian bilas dengan bersih.
RAWATAN RAMBUT:
-Walaupun anda berhijab,jangan lupa untuk membuat rawatan deep conditioning seminggu sekali.Kalau yang kaya kaya tu,rajinkanlah diri buat rawatan rambut di salon rambut,okay? Aku miskin,so aku buat kat rumah :p
GUNAKAN SERUM:
-Penggunaan serum amat penting untuk kesihatan rambut,Sapukan serum pada rambut BUKANNYA pada kulit kepala atau akar rambut kerana serum dibuat khas untuk rambut sahaja.
JAGA PEMAKANAN:
-Pastikan anda mengambil air,vitamin dan mineral serta protein yang secukupnya bagi menjaga rambut anda.So,anda digalakkan untuk minum air secukupnya.Vitamin A,B,C dan zat besi amat baik untuk rambut.Protein akan menjadikan pertumbuhan rambut menjadi cepat dan lebat. Protein yang dimaksudkan adalah kacang soya yang organik.
SIKAT BERGIGI LUAS:
-Sikat merupakan alat untuk merapikan rambut supaya kelihatan kemas. Sikat juga perkara yang amat penting untuk rambut.Sikat bergigi luas mampu mengelakkan kerosakan yang akan terjadi ketika anda menyikat rambut.
Sekiannn~ Berguna? Terima kasih c:
|