Owner Post Them Follow Dashboard




Bonjour❀


Assalamualaikum w.b.t.Hello.
Welcome.Share my thoughts here ♌
Follow me.Gamsahamnida ❣

TABUNG MAYA❣

Speak here❀

✶HOVER ME!✶
NO HARSH WORDS.RESPECT.CLICK WORD HOVER ME


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

WANITA PENGGUNA TEKNOLOGI PALING RAMAI


'Information Technology' atau lebih dikenali sebagai IT sudah sebati dengan kehidupan manusia di seluruh dunia.Semua aktiviti yang dilakukan mesti akan berkait dengan salah satu gajet seperti telefon pintar dan sebagainya.Syarikat teknologi semakin berleluasa dan bersaing antara satu sama lain untuk meningkatkan penggunaan gajet jenama mereka. *karangan terabur pelajar tingkatan 4,lol* Baca sehingga habis entri untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

SUMBER ARTIKEL DARIPADA myMETRO

Oleh Afiq Hanif
Dalam tempoh 10 bulan akan datang, pelbagai teknologi dijangka mula menemui peng­guna dengan pelbagai ramalan agensi mengenalpasti trend utama yang bukan saja memudahkan kehidupan namun pada masa sama me­ngubah kaedah berkomunikasi.
Pelbagai syarikat teknologi turut 'pening kepala' memikirkan jangkaan permintaan pengguna yang semakin komplikated.

Kalau dulu, teknologi boleh disuap ke mulut peng­guna, tetapi senarionya kini berbeza apabila bukan semua gajet, perisian, aplikasi dan sebagainya mudah diterima.



Pengguna sendiri memahami teknologi itu secara mendalam di samping melakukan sendiri kajian de­ngan bertanyakan rakan atau membaca artikel berkaitan sebelum membeli­nya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitapenggunateknologipalingramai/MA/Article/index_html#sthash.tizaW7on.dpuf

Pembekal teknologi dan perkhidmatan komunikasi, Ericsson melalui program ConsumerLab yang ditubuh­kannya sejak 15 tahun cuba me­ngenalpasti trend yang memberi manfaat kepada pengguna setiap tahun.



Mungkin, ia berupaya membantu me­ngenalpasti keperluan dan penanda aras kepada syarikat tek­nologi untuk berfikir dua kali sebelum mengeluarkan teknologi yang menurut kata orang lama seperti 'syok' sendiri.



Dalam tempoh 15 tahun itu, ConsumerLab Ericsson mengenal pasti trend peng­guna yang paling hangat dengan menjalankan pe­nyelidikan dalam tingkah laku nilai pengguna serta cara menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Penyelidikan mereka dilakukan menerusi 40 negara dengan pembabitan panda­ngan 1.1 bilion pengguna yang menggunakan kaedah pe­nyelidikan kuantitatif serta kualitatif melangkaui pelbagai budaya.

Ketua Penyelidikan ConsumerLab, Michael Björn berkata, program penyelidikan global Ericsson berdasarkan kajian tahunan de­ngan lebih 100,000 individu tahun ini di lebih 40 negara.

"Sudah bertahun-tahun kami mengumpul pangkalan data trend pengguna yang besar dan kami melihat kadar perubahan kini lebih pesat berbanding sebelum ini," katanya.

Berikut adalah 10 trend pengguna terhangat:



1. Kesepaduan perkhidmatan perkomputeran 'cloud' yang membolehkan data diperoleh pada sistem operasi berlainan membentuk semula keperluan peranti. Lebih 50 peratus pengguna tablet dan 40 peratus pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Sweden mahukan aplikasi mampu beroperasi pada pelbagai perkakasan.




2. Perkomputeran untuk minda yang aktif. Dari desk­top, fail dan susunan untuk penggunaan aplikasi, perkhidmatan cloud, pengguna semakin beralih kepada paradigma perkomputeran untuk minda yang sentiasa fokus melakukan kerja tidak kira di mana mereka berada. 

Kalau dilihat pada senario sekarang, kebanyakan pengguna mengendalikan tugasan pejabat atau pembelajaran mereka tidak kira lokasi mereka berada.

Misalnya, ketika makan, anda mendapat panggilan meminta membetulkan dokumen tetapi sebelum ia dilakukan, sedikit penyelidikan perlu diakses menerusi online.

Sistem perkomputeran yang ada 'dalam otak' gajet seperti laptop, tablet atau telefon masih belum benar-benar memahami otak anda.

Laptop lebih lengkap daripada tablet atau telefon, namun ciri mobiliti masih dipilih pengguna terutama di Malaysia. 

Oleh itu, kita menyaksikan pembelian tablet atau telefon pintar lebih tinggi berbanding PC desktop. Berdasarkan kajian online pada suku pertama 2012 menyaksikan pembelian untuk tablet adalah lebih tinggi berbanding PC desk­top di kalangan pengguna Malaysia (38 peratus lawan 12 peratus).

Hal sama berlaku pada pembelian telefon pintar yang lebih tinggi berbanding laptop.


3. Bawa jalur lebar anda sendiri ketika bekerja. Sebanyak 57 peratus pengguna telefon pintar menggunakan langganan telefon pintar peribadi mereka ketika berada di tempat kerja. 

Telefon pintar peribadi semakin digunakan untuk kerja dengan tujuan untuk menghantar e-mel, perjalanan pelan perniagaan, mencari lokasi dan banyak lagi. 

Berdasarkan penyelidikan online pada suku pertama 2012, 7 daripada 10 pengguna telefon pintar Malaysia adalah pengguna yang bekerja.

Justeru, ConsumerLabs menjangkakan majoriti individu membayar sendiri langganan perkhidmatan telefon mereka sendiri.


4. Penduduk di bandar bergantung kepada kemudahan mudah alih. Disebabkan akses kepada Internet diperlukan selama 60 saat, 60 minit, 24 jam dan tujuh hari seminggu, jangkaan tahun ini bakal menyaksikan pengguna mahukan perkhidmatan Internet yang benar-benar mudah alih.

Sejumlah 3.3 bilion telefon pintar dijangka akan dilanggan menjelang 2018 dan liputan rangkaian mudah alih dilihat salah satu daripada pemacu yang paling penting untuk kepuasan hidup di bandar.


5. Rangkaian keselamatan sosial peribadi. Akibat pergolakan ekonomi, amanah dalam struktur tradisional dan pihak berkuasa yang semakin berkurang menjadikan pengguna lebih mempercayai masyarakat peribadi mereka seperti Facebook atau Twitter terutama ketika mencari pekerjaan. 

Rangkaian peribadi online akan menjadi peng­ganti media keselamatan yang bersih dan sosial mewujudkan persaingan serius kepada agensi pekerjaan tradisional.


6. Wanita memacu pasaran telefon pintar. Angka baru ini jelas menunjukkan wanita mampu memonopoli penggunaan telefon pintar di pasaran. 

Tidak kurang daripada 97 peratus pemilik telefon pintar wanita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Sebanyak 77 peratus menghantar dan menerima gambar, 59 peratus menggunakan rangkaian sosial, 24 peratus mendaftar masuk lokasi di mana mereka berada dan 17 peratus menebus kupon. 

Angka bagi lelaki jauh lebih rendah dalam kategori terbabit. 

Di Malaysia, wanita dijangka turut memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan telefon pintar. 

Dikhabarkan lebih 55 peratus pengguna telefon pintar yang berpotensi adalah wanita dan apabila kita melihat penggunaan perkhidmatan, mereka mempunyai penggunaan rangkaian sosial yang lebih tinggi, khidmat pesanan ringkas (SMS), 'tethering' dan ucapan dipindahkan ke teks. 


7. Bandar menjadi hab untuk kreativiti sosial. Penghuni pusat bandar mempunyai jauh lebih ramai rakan online berbanding individu di pinggir bandar.

Lebih 12 peratus individu yang tinggal di bandar mengatakan alasan utama menggunakan rangkaian sosial untuk menyambung dan bertukar idea dengan orang lain selain alasan ketiga iaitu mengemaskini atau mungkin memantau apa yang dilakukan rakan mereka.


8. Membeli-belah secara online. Trend baru bakal menyaksikan pengguna akan berubah daripada PC ke telefon pintar untuk membeli-belah secara online. 

Sebanyak 32 peratus daripada pengguna telefon pintar sudah membeli-belah dengan telefon pintar dan mereka kini mula untuk menggabungkan aspek membeli-belah di kedai dan secara online yang lebih terperinci. 

Mereka mahu melihat sendiri produk, mendapat­kan maklumat dan membuat perbandingan harga selain membuat pembelian serta-merta tanpa perlu beratur di kaunter.


9. TV kini sosial. Sebanyak 62 peratus daripada penonton menggunakan forum sosial ketika menonton video dan TV.

Daripada angka terbabit, 42 peratus menggunakan forum sosial atau berbual sambil menonton membincangkan topik berkaitan apa yang sedang mereka tonton sekurang-kurang­nya sekali seminggu.

Lebih 30 peratus pula dikatakan sanggup membayar untuk kandungan ditonton yang diperoleh mereka hanya melalui 'link' ketika bersosial secara online. 

Majoriti video dan peng­gunaan TV pada peranti mudah alih dijangka lebih banyak digunakan di rumah.


10. Transformasi proses pembelajaran. Pembelajaran dijangka berubah melalui dalaman dan luaran.

Orang muda akan membawa pengalaman teknologi peribadi mereka dalam kelas yang sekali gus menuntut perubahan ketika belajar mempengaruhi persekitaran mereka.

Pada masa sama, kerajaan dan institusi mencari penyelesaian ICT yang baru untuk menjadi lebih cekap. 

Kesinambungan untuk mengubah prospek kanak-kanak pada skala global dilihat menjadi pemacu yang berpotensi tinggi. Di India, kira-kira 30 juta daripada 69 juta kanak-kanak bandar berumur 9-18 tahun sudahpun memiliki telefon bimbit sendiri.