Bonjour❀ Assalamualaikum w.b.t.Hello. Welcome.Share my thoughts here ♌ Follow me.Gamsahamnida ❣ TABUNG MAYA❣ Speak here❀ Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini |
RAYA
Assalamualaikum and salam ukhuwwah fillah semua :)
Baju raya dah beli ke semua? Mesti lah dah kan,siapa yang tak beli lagi tu mungkin nak pakai yang tahun lepas atau beli malam raya nanti kot sebab murah kan :3 Ramai yang dah balik kampung awal kan? Atau pun sama dengan aina balik harini. InsyaAllah kitorang akan bertolak lepas asar ataupun lepas berbuka. Ikut parents lah kan,mereka yang rancang nak bertolak bila. Cepat je Ramadhan berlalu,pejam celik pejam celik harini dah 28 Ramadhan 1434 H. bersamaan 6 Ogos 2013. Rasa sedih bila bulan yang penuh barakah nak meninggalkan kita. Walaupun ada lagi tahun depan,kita tak pasti yang akan ada Ramadhan lagi buat kita kan? Berharap dapat dipanjangkan umur untuk sambut Ramadhan yang dirindui tahun depan. Amin. Ni nak cerita pasal raya pulak. Taktahulah kenapa raya tahun ni rasa macam takde mood pulak,banyak sangat masalah nak raya. Takpelah,mungkin dugaan daripada Allah ni ada hikmah disebaliknya,kita senyum je okay? :) Dugaan maksudnya Allah rindukan tangisan kita kepada-Nya,DIA nak kita mengadu semuanya walaupun memang DIA sudah tahu apa yang terjadi. Kalau takde dugaan,bukan hidup namanya kan? Kalau Allah beri dugaan maksudnya Allah rindu kita,kalau DIA tak beri dugaan,apa maksudnya? Haaa,fikirkanlah. Jangan selalu merungut bila ditimpa kesusahan *cakap depan cermin* Tahun ni aku terlebih shopping pulak,berbanding tahun tahun sebelumnya. Diri sendiri pun terkejut,kenapa shopaholic sangat tahun ni eh? Sampai tak muat bag nak susun baju semua ni. Satu bag je dah penuh dengan baju raya sahaja. Mula lah naik risau tadi,baju rumah nak letak dekat mana. Belum toiletries,make up semua dan lain-lain. Kepala dah jadi buntu bertambah dengan stress teramat dengan masalah-masalah yang belum selesai dan ditambah pula dengan masalah yang baru tahu semalam.Nasib baik masalah yang baru datang tu,selesai sikit. Alhamdulillah :) Hehe,faham ke korang ni? *eleh macam ada yang baca je :p*
Rasa macam membazir pun ada tahu lepas shopping banyak-banyak ni. Tapi disebabkan yang dibeli tu menarik hati sayang pula nak kata membazir.alahai,perempuan katakan .__. Adik-adik semua dah beli awal-awal sebelum puasa dah siap baju raya semua. Aku je lah demand nak shopping dengan kawan-kawan yang tersayang,heheh. Masa beli baju raya budak-budak ni sempat capai kasut satu. Sebab tahu dah,mesti takkan teringat kasut punya. Lepastu ibu ajak ke Bangi,yeay tempat Ammar kerja! Tapi masa tu tak sempat nak jumpa,Bangi tahu jelah macam mana. Punyalah keliru nak cari seksyen 8 punya pasal,nak jumpa si jantung hati ni. Tapi takde rezeki masa tu,takpelah *tunduk* Dekat bangi tu dapatlah jubah satu,itu jelah rasanya. Kemudian harinya *beberapa hari lepas itu*,ibu,abah,aku dengan Alya pula pergi Kenanga Wholesale City. Tahu kan? Dekat situ tempat shopping dia harga borong,so banyak yang peniaga beli barang dengan harga borong dekat pembekal situ. Tahu tahu jelah dah kalau harga borong macam mana kan '-' Lepastu,tempat shopping dekat dengan rumah. Beli lah tudung tudung semua,baju kurung satu,jeans dua. Destinasi terakhir kelmarin,Mid Valley ke Berjaya Times Square ke Bukit Bintang. Banyak tempat,belinya di Times Square juga -.- Pergi Mid tu pun sebab nak jumpa kawan yang baru balik dari Australia dengan kawan lagi sorang yang baru balik dari Kuantan,asrama dia. Jalan-jalan,masuk Daiso kejap lepastu terus pergi Times Square.Shopping shopping shopping,dapatlah satu dress,dua baju. Pergi Bukit Bintang tu cuma singgah H&M je,teman kawan beli jeans dia. Dah lah panas,nasib baiklah kawan,aku sayang -.- Balik rumah terus azan,takpayah susah susah,makanan dah ada atas meja.weeee~ Baju raya tahun ni warna biru *family*,chocolate *mula mula Ammar nak warna ni*,purple *tiba tiba mak dia dah beli warna tu*. Haih,banyaknya beli. Serious membazir. Nanti balik kampung nak jumpa tok,tokwan semua. Rindunyaaa dekat semua. Nanti lah kalau rajin aku buat entri macam mana raya tahun ni :) Wassalamualaikum
P/S: Siapa yang balik kampung tu harini ke besok ke lusa ke. Have a nice trip! Pesan dekat ayah masing-masing atau yang drive sendiri,drive ikut hadlaju yang ditetapkan except highway.lol,kena hati-hati jugak tau! Have fun with your family :) Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Tulus ikhlas daripada insan yang serba kekurangan,AinaHusna |