Bonjour❀ Assalamualaikum w.b.t.Hello. Welcome.Share my thoughts here ♌ Follow me.Gamsahamnida ❣ TABUNG MAYA❣ Speak here❀ Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini |
Kesan Melewatkan Qada Solat
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim
"Bagaimana cara hendak qada dan kesan melewatkannya?"
Islam itu agama yang mudah untuk umatNya. Tetapi kita sebagai umat Islam tidak patut mempraktikkan dengan selalu lewat untuk beribadah. Solat fardhu pada dasarnya tiada istilah qada selain mereka yang "tertidur" dan "terlupa". Mahupun dalam keadaan uzur sakit dan tua,mereka juga harus melaksanakan satu perintahNya itu iaitu solat lima waktu sehari semalam. Wajib diambil perhatian kepada semua umat Islam,mereka yang tertidur lama sehingga terlepas waktu solat maka dalam tempoh tidur tersebut dia tidak berdosa. Setelah dia jaga dari tidur dan sedar maka diwajibkan untuk qada. Bagi orang yang terlupa,dalam keadaan dia terlupa itu dia tidak berdosa tetapi jika dia baru teringat dia harus segera mengqadakan solatnya. Akan tetapi,jika mereka berada didalam situasi diatas dan mereka sengaja melengahkan solat selama sejam,sehari dan sebagainya,mereka telah dianggap berdosa dan sama keadaannya kepada mereka yang sengaja meninggalkan dari awal. Jadi,mereka yang telah meninggalkan solat haruslah segera qada,lagi cepat lagi terhapus dosa kita.
Sama ada,kamu solat pada ketepatan waktunya atau menghimpunkan solatnya dalam satu waktu. Kalau jumlah yang ditinggalkannya terlalu banyak maka kamu anggarkan sahaja. Panduannya,lagi lebih lagi selamat. Moga kita diampunkanNya.
|