Owner Post Them Follow Dashboard




Bonjour❀


Assalamualaikum w.b.t.Hello.
Welcome.Share my thoughts here ♌
Follow me.Gamsahamnida ❣

TABUNG MAYA❣

Speak here❀

✶HOVER ME!✶
NO HARSH WORDS.RESPECT.CLICK WORD HOVER ME


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Siapa Kena Beri Salam Dulu ?

Assalamualaikum,




Bismillahirrahmanirrahim.

Ucapan salam amat sinonim dengan masyarakat Islam sekarang. Tetapi pada awal 60-an dulu,ucapan salam hanya diberikan oleh peminta sedekah. Jadi,apabila tuan rumah terdengar salam itu mereka akan segera mengambil asas makanan atau duit dan diberikan kepada peminta sedekah itu.Keadaan ini berubah apabila pelajar dari jurusan agama memberi salam pada tahun 70-an dulu. Semakin lama,perasaan asing itu tiada dan ucapan salam selalu didengar oleh masyarakat kita. Bagaimanapun,ucapan salam ini ada kaedah dan hukumnya. Panduan daripada Rasulullah s.a.w :

Daripada  Abu Hurairah r.a : 


"Hendaklah yang kecil memberi salam kepada yang tua,orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk dan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai" (Bukhari & Muslim )

Pada riwayat Muslim ditambah :

"Dan pada yang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki"

Memberi salam itu hukumnya sunat. Islam mengajar kita supaya:

  • Orang yang kecil sama ada dari segi umur atau jawatan eloklah memberi salam kepada yang tua atau orang atasannya. Ini dapat menunjukkan sikap hormat menghormati di antara dua belah pihak. 


  • Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk merupakan penghormatan menurunkan keegoan seseorang. Seperti,majikan melalui kawasan pekerja bawahan maka berilah salam kepada pekerjanya. Namun,pekerja bawahannya tidak perlu berdiri kerana ini akan hilangkan egonya.

  • Orang sedikit memberi salam kepada yang ramai akan menunjukkan persaudaraan dan hilang prasangka. 

  • Orang berkenderaan pula memberi salam kepada yang pejalan kaki supaya hilang rasa tidak senang dalam kalangan yang miskin itu.

Walaubagaimanapun,ucapan salam itu boleh diterbalikkan pengucapnya untuk merebut pahala yang diberi.