Owner Post Them Follow Dashboard




Bonjour❀


Assalamualaikum w.b.t.Hello.
Welcome.Share my thoughts here ♌
Follow me.Gamsahamnida ❣

TABUNG MAYA❣

Speak here❀

✶HOVER ME!✶
NO HARSH WORDS.RESPECT.CLICK WORD HOVER ME


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Solat Dalam Kehidupan.

Assalamualaikum,

Bismilahirrahmanirrahim.

Syukur kehadrat Ilahi.Berkesempatan untuk berkongsi persoalan rawak dengan korang. Apa gunanya kita solat? Apa kita dapat dengan bersolat. Ye pertamanya pahala yang Allah kurniakan jika kita melaksanakan perintah Allah s.w.t. Seringkali kalau dilanda masalah tak kira serumit mana,pasti ada yang kata jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang kita alami merupakan solat. Kenapa solat jalan penyelesaiannya? Ini disebabkan ketika itu kita berada dekat padaNya. Lebih-lebih lagi ketika sujud,pada masa dan ketika itu kita dapat berasa bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Disini aku nak berkongsi petikan ayat dari Surah Al-Hadid, ayat yang ke-4. Aku dapat petikan ni masa layari encik Google tadi dari blog Mencari Sebuah Destinasi 

"Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."


Sadaqallahuladzim.


Allah itu Maha Mendengar. Apa kita minta,mohon atau hajati insyaAllah pasti akan termakbul kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti:

  • Tidak khusyuk
  • Tidak bersungguh-sungguh/ Berterusan
  • Berdoa perkara buruk 
  • Allah punya perancangan lebih baik daripada apa diminta
  • Doa dengan tergesa-gesa menyebabkan hati tidak ikhlas 

Beberapa punca yang aku dapat kongsi. Jadi untuk menjadikan solat itu menyelesaikan masalah,kita mesti khusyuk dalam meminta kerana pada masa itu kita amat dekat denganNya. Setiap masalah yang timbul pasti ada hikmah. Setengahnya yang dengar mungkin sudah payah mahu faham kerana seringkali dengar benda sama. Kata singkatnya 'fed up' Hikmah apa? Hikmah itu kita sendiri tidak tahu berlakunya bila dimana. Hikmah itu maksudnya kebaikan,jadi kebaikan itu akan berlaku tak kira lambat atau cepat. Secara sedar atau tidak,bila masa kita meninggalkan solat secara sengaja atau tidak,kita tidak dapat berasa sebarang ketenangan.Mungkin akan rasakan sedikit itupun kerana Allah Maha Menyayangimu walaupun kita merobek hatiNya dengan melanggar perintah yang satu itu. 

Bagaimana solat itu dapat merungkai masalah? 
Seperti kita tahu,solat merupakan kewajipan setiap umat Islam. Ianya perintah Allah s.w.t kepada manusia dan kita telah bersumpah untuk melaksanakan perintahnya sebelum dilahirkan didunia lagi. Solat itu merupakan tiang agama. Umpama rumah tanpa tiang kukuh,apa akan jadi? Runtuh,berkecai. Kau suka? Aku pun tak. Habis bayar rumah roboh pulak! Jadi sama situasi seperti Allah dan kita. Allah beri kita nikmat yang tidak terperi,jika kita laksanakan perintahNya 'tiang' kita akan teguh megah. Sebaliknya,jika kita meninggalkan laranganNya tentulah tiang agama kita roboh. Dunia ni hanya pentas untuk kita. Perbanyakkan amal ibadah. Kekalkannya hingga akhir hayat kita. Semoga mendapat ganjaran setiap perbuatan baik. Dan yang jahat kita tinggalkan. 

Wassalamualaikum.